Selamat Datang Ke Laman Pra Universiti



-

Majalah Pra Universiti Edisi 6 memuatkan info tentang teknik kecermerlangan di tingkatan 6, anda akan mengetahui banyak berita , teknik belajar & aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan dan sekolah tingkatan 6 di Malaysia .

Pelajar Cemerlang STPM Ubah Nasib Keluarga

Kecekalan semangat ayah dan ibu adalah pembakar semangat saya untuk berjaya dan setanding rakan-rakan daripada keluarga yang lebih berada... Baca Selengkapnya


Aktiviti Pelajar Tingkatan 6 buat Tahun 2014

Pada rabu yang lepas,telah diadakan mesyuarat agong rumah sukan bagi pelajar arus perdana & juga pra-universiti. Biasanya sukan sekolah pelajar pra-u dan arus perdana digab ... Baca Selengkapnya

Tiada Guru : Pelajar Tingkatan 6 Terabai

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen. Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran ... Baca Selengkapnya

Pelajar Tingkatan 6 Maut Rempuh Kereta Guru

Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di ... Baca Selengkapnya


Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 6

Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 6.Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah.....Baca Selengkapnya




Berita - Berita Prauniversiti
< < Lama 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 Baru > >

120 guru, JU Selangor ikuti kursus Pengajian Am


SERAMAI 120 guru dan Jurulatih Utama (JU) dari seluruh Selangor menyertai Kursus Peningkatan Pengajian Am peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Pulau Pangkor, baru-baru ini.

Kursus tiga hari anjuran Jabatan Pelajaran Selangor itu antara lain bertujuan meningkatkan prestasi kertas Pengajian Am di kalangan calon STPM negeri berkenaan.

Penyelia bahasa Jabatan Pelajaran Selangor, Mohd Yusof Abdul, berkata sepanjang kursus tiga hari itu peserta dibahagikan dua kumpulan mengikut dua kertas subjek berkenaan.

“Menerusi bengkel dijalankan, peserta turut membina soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian untuk digunakan di sekolah masing-masing sebagai latihan tubi tambahan menjelang peperiksaan STPM tidak lama lagi,” katanya.

Seorang peserta, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia, Azhar Ahmad, berpendapat kursus itu amat berfaedah terutama bagi guru yang baru mengajar subjek berkenaan.

Bagi guru lama dan berpengalaman pula, katanya, kursus itu sesuai bagi memurnikan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah.
“Ini kerana peserta bukan saja mendapat pendedahan baru, malah boleh bertukar fikiran dalam usaha memantapkan prestasi pelajar dalam Pengajian Am yang juga subjek wajib peperiksaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, guru SMK Seafield Subang Jaya, Siti Rohana Jamaluddin, berkata pendedahan menerusi kursus itu turut meningkatkan keyakinan guru mengajar mata pelajaran terbabit.
Berita Harian Online: 16 Oktober 2009
Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .
Dicipta Pada 22 November 2010. Powered by Blogger.

Pelajar tingkatan 6 berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah, Tingkatan 6 terbahagi kepada 2 peringkat. Kementerian ...

Baca Selanjutnya

Best Student STPM



Jurusan tingkatan 6 terbahagi kepada 3 iaitu Agama, Sains, Kemanusiaan. Pengambilan Jurusan adalah berdasarkan Program Ijazah yang akan diambil oleh pelajar tingkatan 6 sele...

Baca Selanjutnya

Memorial Tingkatan 6

Cabaran MPP Tingkatan 6
Debaran STPM Berakhir
Kem Integrasi 1 Malaysia
Permulaan Baru Tingkatan 6
Kokurikulum Tingkatan 6
MUET
Alam Prauniversiti
Bulan Ramadan
Trial Prauniversiti Berakhir
Debaran STPM Berakhir