Selamat Datang Ke Laman Pra Universiti



-

Majalah Pra Universiti Edisi 6 memuatkan info tentang teknik kecermerlangan di tingkatan 6, anda akan mengetahui banyak berita , teknik belajar & aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan dan sekolah tingkatan 6 di Malaysia .

Pelajar Cemerlang STPM Ubah Nasib Keluarga

Kecekalan semangat ayah dan ibu adalah pembakar semangat saya untuk berjaya dan setanding rakan-rakan daripada keluarga yang lebih berada... Baca Selengkapnya


Aktiviti Pelajar Tingkatan 6 buat Tahun 2014

Pada rabu yang lepas,telah diadakan mesyuarat agong rumah sukan bagi pelajar arus perdana & juga pra-universiti. Biasanya sukan sekolah pelajar pra-u dan arus perdana digab ... Baca Selengkapnya

Tiada Guru : Pelajar Tingkatan 6 Terabai

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen. Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran ... Baca Selengkapnya

Pelajar Tingkatan 6 Maut Rempuh Kereta Guru

Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di ... Baca Selengkapnya


Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 6

Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 6.Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah.....Baca Selengkapnya




Berita - Berita Prauniversiti
< < Lama 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 Baru > >

Institusi tingkatan enam masa kini


Persatuan di sekolah akan mengajar tanggung jawab, bagaimana bekerja dalam satu pasukan, dan lebih penting lagi ialah semangat sukarela. Seseorang pekerja yang mempunyai semangat sukarela akan mampu membuat sesuatu atas dasar inisiatif sendiri tanpa mengira sama ada ganjaran akan diperoleh daripada syarikat.
Sukan di sekolah juga amat penting. Daripadanya ia boleh menyemai amalan hidup sihat di samping kelebihan yang diperoleh melalui permainan secara berpasukan, menghormati peraturan permainan yang juga memperkayakan keperibadian seseorang.
Namun begitu, sukan dan kokurikulum di sekolah hanya dapat cemerlang jika
persatuannya kuat dan dipimpin baik. Kalau persatuan tidak menampakkan aktiviti cergas di bawah kepimpinan pelajar sendiri, maka ia dianggap gagal. Lebih-lebih lagi jika ia terlalu bergantung kepada guru penasihat hingga peranan pelajar tidak cukup menyerlah.
Ini kerana guru wajar hanya membimbing dan tidak campur tangan dengan banyak hingga pelajar-pelajar itu tidak benar-benar memimpin.
Tetapi persatuan-persatuan sekolah hanya dapat bergerak dengan baik sekiranya ia dipimpin oleh pelajar-pelajar matang. Pelajar tingkatan empat kurang matang kalau berbanding dengan pelajar tingkatan enam. Sementara pelajar tingkatan lima terpaksa menumpukan kepada peperiksaan yang dihadapi.
Jika ada tingkatan enam, maka kepimpinan sekolah termasuk persatuan akan berada di tangan pelajar yang lebih matang dan bersedia untuk menjayakan pelbagai aktiviti. Sementara pelajar tingkatan empat akan menjadi pelapis yang akan belajar daripada senior dalam memimpin institusi-institusi sekolah.
Kejayaan tingkatan enam inilah merupakan penyumbang kepada kecemerlangan sekolah-sekolah dahulu seperti Victoria Institution, St John‘s Institution, Anderson School, King George School dan English College .
Tetapi sejak tahun 80-an, institusi tingkatan enam ini mula dilemahkan. Pelajar-pelajar baik akan dimasukkan ke dalam program matrikulasi.
Di kolej-kolej ini, pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk memberi kepimpinan kepada persatuan yang besar dan merangkumi ahli pelbagai peringkat umur. Mereka hanya memimpin persatuan rakan sebaya. Tidak seperti kalau mereka berada di sekolah menengah yang pelajarnya merangkumi hingga ke tingkatan satu.
Sementara itu, sekolah menengah pula kehilangan pelajar cemerlang untuk memimpin persatuan. Yang tinggal berada di tingkatan enam adalah pelajar-pelajar sederhana.
Akhirnya tingkatan enam tidak lagi popular di kalangan pelajar yang mahu cepat-cepat meninggalkan sekolah. Maka kepimpinan persatuan sekolah jatuh kepada pelajar tingkatan empat yang masih kurang matang.
Maka tidak hairanlah para majikan juga mengeluh. Mengapakah kalangan generasi sekarang dari segi nilai bekerja dan kepimpinan amat rendah? Sikap tanggungjawab, inisiatif dan sukarela dirasakan merosot? Tumpuan hanya kepada berapa gaji yang diperoleh dan bukannya disebabkan minat dan keseronokan bekerja?

Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA,  4 Mac 2003, menyatakan…, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA)…, berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja. Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya. Sementara itu, atlet sukan yang cemerlang dan pernah mewakili negara atau negeri akan diberi kelonggaran untuk memasuki IPTA berdasarkan kursus yang dipohon. Juga, KPM menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM 2002 untuk ke IPTA (Bertambah 11% tahun 2003 berbanding tahun 2002) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.
Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .
Dicipta Pada 22 November 2010. Powered by Blogger.

Pelajar tingkatan 6 berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah, Tingkatan 6 terbahagi kepada 2 peringkat. Kementerian ...

Baca Selanjutnya

Best Student STPM



Jurusan tingkatan 6 terbahagi kepada 3 iaitu Agama, Sains, Kemanusiaan. Pengambilan Jurusan adalah berdasarkan Program Ijazah yang akan diambil oleh pelajar tingkatan 6 sele...

Baca Selanjutnya

Memorial Tingkatan 6

Cabaran MPP Tingkatan 6
Debaran STPM Berakhir
Kem Integrasi 1 Malaysia
Permulaan Baru Tingkatan 6
Kokurikulum Tingkatan 6
MUET
Alam Prauniversiti
Bulan Ramadan
Trial Prauniversiti Berakhir
Debaran STPM Berakhir