Selamat Datang Ke Laman Pra Universiti



-

Majalah Pra Universiti Edisi 6 memuatkan info tentang teknik kecermerlangan di tingkatan 6, anda akan mengetahui banyak berita , teknik belajar & aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan dan sekolah tingkatan 6 di Malaysia .

Pelajar Cemerlang STPM Ubah Nasib Keluarga

Kecekalan semangat ayah dan ibu adalah pembakar semangat saya untuk berjaya dan setanding rakan-rakan daripada keluarga yang lebih berada... Baca Selengkapnya


Aktiviti Pelajar Tingkatan 6 buat Tahun 2014

Pada rabu yang lepas,telah diadakan mesyuarat agong rumah sukan bagi pelajar arus perdana & juga pra-universiti. Biasanya sukan sekolah pelajar pra-u dan arus perdana digab ... Baca Selengkapnya

Tiada Guru : Pelajar Tingkatan 6 Terabai

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen. Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran ... Baca Selengkapnya

Pelajar Tingkatan 6 Maut Rempuh Kereta Guru

Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di ... Baca Selengkapnya


Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 6

Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 6.Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah.....Baca Selengkapnya




Berita - Berita Prauniversiti
< < Lama 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 Baru > >

Kadet Polis


Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.
Sejarah
Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
Organisasi

Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.
Tujuan penubuhan
Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah
Latihan/Keahlian
Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-
Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
Pertolongan Cemas
Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
uniform
Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .
Dicipta Pada 22 November 2010. Powered by Blogger.

Pelajar tingkatan 6 berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah, Tingkatan 6 terbahagi kepada 2 peringkat. Kementerian ...

Baca Selanjutnya

Best Student STPM



Jurusan tingkatan 6 terbahagi kepada 3 iaitu Agama, Sains, Kemanusiaan. Pengambilan Jurusan adalah berdasarkan Program Ijazah yang akan diambil oleh pelajar tingkatan 6 sele...

Baca Selanjutnya

Memorial Tingkatan 6

Cabaran MPP Tingkatan 6
Debaran STPM Berakhir
Kem Integrasi 1 Malaysia
Permulaan Baru Tingkatan 6
Kokurikulum Tingkatan 6
MUET
Alam Prauniversiti
Bulan Ramadan
Trial Prauniversiti Berakhir
Debaran STPM Berakhir