Selamat Datang Ke Laman Pra Universiti



-

Majalah Pra Universiti Edisi 6 memuatkan info tentang teknik kecermerlangan di tingkatan 6, anda akan mengetahui banyak berita , teknik belajar & aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan dan sekolah tingkatan 6 di Malaysia .

Pelajar Cemerlang STPM Ubah Nasib Keluarga

Kecekalan semangat ayah dan ibu adalah pembakar semangat saya untuk berjaya dan setanding rakan-rakan daripada keluarga yang lebih berada... Baca Selengkapnya


Aktiviti Pelajar Tingkatan 6 buat Tahun 2014

Pada rabu yang lepas,telah diadakan mesyuarat agong rumah sukan bagi pelajar arus perdana & juga pra-universiti. Biasanya sukan sekolah pelajar pra-u dan arus perdana digab ... Baca Selengkapnya

Tiada Guru : Pelajar Tingkatan 6 Terabai

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen. Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran ... Baca Selengkapnya

Pelajar Tingkatan 6 Maut Rempuh Kereta Guru

Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di ... Baca Selengkapnya


Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 6

Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 6.Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah.....Baca Selengkapnya




Berita - Berita Prauniversiti
< < Lama 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 Baru > >

Persatuan Geografi


Kelab Geografi merupakan satu bidang yang mengkaji ciri-ciri fizikal dan budaya manusia serta kawasan persekitarannya, dalam erti kata yang lain kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan Geografi diambil daripada perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").
Di SBPI Kubang Pasu, mata pelajaran Geografi diajar di peringkat menengah rendah sahaja. Pelajar diberi pendedahan teori dan amali mengenai konsep-konsep asas berkaitan kemahiran dalam Geografi seperti kedudukan, arah, jarak dan skala, graf, carta dan rajah serta peta. Selain itu, pelajar berpeluang mempelajari beberapa tema seperti bentuk muka bumi, cuaca dan iklim, tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar, penduduk, petempatan, sistem pengangkutan dan perhubungan, sumber serta kegiatan ekonomi negara Malaysia yang tercinta dengan dibanding bezakan dengan beberapa negara terpilih di seluruh dunia. Walaupun Geografi tidak dianggap sebagai mata pelajaran kritikal, namun usaha untuk memartabatkannya sebagai salah satu disiplin ilmu yang penting untuk dihayati amat diperlukan demi kemaslahatan manusia di zaman serba mencabar ini.

Persatuan Geografi SBPI Kubang Pasu (PERGEO) ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan salah satu komponen utama yang pernah membentuk gabungan Persatuan Sejarah & Geografi (PRESTIGEO) pada satu ketika dahulu. Walaupun PERGEO belum mencapai usia setahun jagung, ia perlu diberi nafas baru untuk meneruskan serta menambahbaik tradisi kecemerlangan PRESTIGEO dalam memberikan pengalaman dan ilmu dalam bidang berteras Geosains kepada semua pelajar amnya serta ahli-ahlinya sendiri khasnya.
JKEE 2008 merupakan program sulung PERGEO yang terdiri daripada beberapa aktiviti seperti lawatan sambil belajar, perkongsian pintar serta rekreasi minda di makmal pembelajaran luar. Dengan berlangsungnya JKEE 2008 ini, adalah diharapkan supaya satu hubungan keilmuan yang erat dapat diwujudkan, para peserta JKEE 2008 dapat menambahkan ilmu Geografi mereka di samping dapat meningkatkan disiplin diri, sahsiah serta keterampilan diri yang lebih berkesan apabila kembali ke SBPI Kubang Pasu kelak.
Selain itu, aktiviti bersifat riadah di luar presint/wilayah yang terdapat di dalam program ini diharapkan dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada, penanda arasan (bench marking) yang diadakan di SBPI Gopeng dapat memberikan input yang banyak kepada para peserta JKEE 2008 mengenai pelbagai perkara.
JKEE 2008 diperlengkapkan dengan kembara ke Lost World Of Tambun dan Taman Negara Pulau Pinang, yang bukan sahaja dapat memberikan keseronokan kepada para peserta dan mengurangkan tekanan setelah penat belajar tetapi juga dapat memperkasakan pengetahuan mereka di dalam bidang sains alam semesta. Sumber informasi Geosains dan Geologi yang boleh didapati di sini amat sesuai untuk dikaji, sekaligus memberikan satu pengalaman baru yang sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar ke arah bidang-bidang yang berkaitan.
Geografi

JKEE 2008 sememangnya memberikan peluang kepada pelajar untuk mengukuhkan mental dan fizikal mereka melalui pelbagai kaedah dan konsep pembelajaran. Kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kontekstual, konstruktivisme dan sumbang saran yang berpusatkan pelajar dengan penggabungjalinan beberapa aspek kecerdasan emosi seperti naturalis, verbal, interpersonal, intrapersonal dan kinestetik semestinya satu proses pengajaran dan pembelajaran terbaik kepada pelajar SBPI Kubang Pasu. Program merentasi kurikulum ini pula, selain daripada memberikan pendedahan dan informasi secara langsung dan tidak langsung kepada para pelajar, ia juga merupakan platform yang paling baik untuk memupuk nilai bekerjasama dan semangat berkumpulan secara berkesan.

MATLAMAT & OBJEKTIF
Di antara objektif yang disasarkan melalui pelaksanaan program ini ialah :

OBJEKTIF UMUM

•Memberi peluang serta melatih pelajar untuk berorganisasi dan bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu program secara berpasukan, disamping memberi peluang bertukar-tukar pendapat dan pengalaman serta saling memberi tunjuk ajar dalam mempertingkatkan prestasi ke arah kecemerlangan individu mahupun berkumpulan.
•Mewujudkan rasa kepunyaan dan kebersamaan (sense of belongings) di kalangan ahli persatuan.
•Menyediakan platform kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bermula dari dalam sekolah hinggalah ke peringkat luar.
•Membina hubungan baik di antara pelajar dengan guru, pihak pentadbiran sekolah serta warga SBP di luar sana, disamping menerapkan nilai-nilai mulia dan budaya penyayang bersesuaian dengan tema ‘masyarakat penyayang’ yang disarankan oleh kerajaan bagi memantapkan lagi pembentukan pemimpin masa hadapan yang mampu menjiwai nilai-nilai murni kemasyarakatan yang tinggi.
•Meningkatkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
•Melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
•Mewujudkan semangat ketahanan diri yang kental sebagai persiapan untuk menentang gejala-gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja belia pada hari ini.
OBJEKTIF KHUSUS
•Berkongsi ilmu-ilmu yang berkait rapat dengan aplikasi Geografi dalam kehidupan dengan pelajar-pelajar di luar SBPIKP selain daripada menjadikan gaya hidup positif pelajar-pelajar berkenaan sebagai satu inspirasi untuk dicontohi.
•Sebagai satu cara memberikan penghargaan kepada warga PERGEO yang sentiasa memberikan kerjasama dan sumbangan kepada PERGEO di sekolah.
•Membakar semangat pelajar-pelajar Geografi yang lain supaya menjadikan moto ‘Geografi Mesti A’ sebagai satu rutin dalam pembelajaran mereka di sekolah.

KUMPULAN SASARAN
Aktiviti
Menghantar Peserta Kem. Kepimpinan Pelajar
Menghiaskan Papan Kenyataan
Ruangan "Mesra Alam"
Forum Fenomena Cuaca- El-Nina
Pertandingan Melukis Logo P.GEO
Mencipta ABM- Pencetak Peta bagi:
a. Peta Sem. Malaysia
b. Peta Sabah & Srwk
c. Peta Asia
d. Peta Dunia

Dari http://pergeo.fotopages.com/?entry=1642494
Gambar dari http://3.bp.blogspot.com/_LoT1z5OhapQ/Slxp1Qxb9hI/AAAAAAAAAGs/iyVDq0lpOB...
Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .
Dicipta Pada 22 November 2010. Powered by Blogger.

Pelajar tingkatan 6 berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah, Tingkatan 6 terbahagi kepada 2 peringkat. Kementerian ...

Baca Selanjutnya

Best Student STPM



Jurusan tingkatan 6 terbahagi kepada 3 iaitu Agama, Sains, Kemanusiaan. Pengambilan Jurusan adalah berdasarkan Program Ijazah yang akan diambil oleh pelajar tingkatan 6 sele...

Baca Selanjutnya

Memorial Tingkatan 6

Cabaran MPP Tingkatan 6
Debaran STPM Berakhir
Kem Integrasi 1 Malaysia
Permulaan Baru Tingkatan 6
Kokurikulum Tingkatan 6
MUET
Alam Prauniversiti
Bulan Ramadan
Trial Prauniversiti Berakhir
Debaran STPM Berakhir