Selamat Datang Ke Laman Pra Universiti



-

Majalah Pra Universiti Edisi 6 memuatkan info tentang teknik kecermerlangan di tingkatan 6, anda akan mengetahui banyak berita , teknik belajar & aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan dan sekolah tingkatan 6 di Malaysia .

Pelajar Cemerlang STPM Ubah Nasib Keluarga

Kecekalan semangat ayah dan ibu adalah pembakar semangat saya untuk berjaya dan setanding rakan-rakan daripada keluarga yang lebih berada... Baca Selengkapnya


Aktiviti Pelajar Tingkatan 6 buat Tahun 2014

Pada rabu yang lepas,telah diadakan mesyuarat agong rumah sukan bagi pelajar arus perdana & juga pra-universiti. Biasanya sukan sekolah pelajar pra-u dan arus perdana digab ... Baca Selengkapnya

Tiada Guru : Pelajar Tingkatan 6 Terabai

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen. Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran ... Baca Selengkapnya

Pelajar Tingkatan 6 Maut Rempuh Kereta Guru

Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di ... Baca Selengkapnya


Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 6

Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 6.Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah.....Baca Selengkapnya




Berita - Berita Prauniversiti
< < Lama 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 Baru > >

Biasiswa Neo Jia Hui : KPT tidak terlibat


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak terlibat dalam proses mendapatkan biasiswa untuk pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Neo Jia Hui.

Menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelajar terbabit sebelum ini tidak berurusan dengan kementerian sebaliknya terus ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Oleh itu, kita tidak terlibat dalam masalah dia. Kementerian tidak boleh bertindak apa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keluhan bapa Jia Hui dalam ruangan Forum Utusan Malaysia kelmarin yang kecewa berikutan kegagalan anaknya mendapat biasiswa daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Aktuari di luar negara.

Bapa Jia Hui berkata, beliau terkejut anaknya merupakan pelajar terbaik Kebangsaan STPM dan mempunyai rekod aktiviti kokurikulum yang cemerlang gagal mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Jia Hui dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya, merupakan seorang daripada dua pelajar cemerlang STPM  yang memperoleh 5A dalam semua subjek dan A dalam semua kertas peperiksaan STPM (berjumlah 13A).


Bapa pelajar terbaik kebangsaan, Neo Jia Hui akan mengemukakan rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mempertimbangkan permohonan biasiswa anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Neo Say Yeow, 51, berkata, beliau akan ke pejabat JPA di Putrajaya beberapa hari lagi untuk menyerahkan surat rayuan itu, meskipun London School of Economics (LSE) yang menjadi universiti pilihan utama Jia Hui untuk melanjutkan pelajaran tiada dalam senarai universiti terkemuka JPA.

"Selain itu, saya juga akan membuat rayuan dengan menghantar e-mel kepada pegawai berkaitan di JPA," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, ruangan Forum Utusan Malaysia menyiarkan keluhan Say Yeow yang kecewa dengan kegagalan Jia Hui mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Aktuari di luar negara meskipun muncul sebagai pelajar terbaik kebangsaan.




Dia juga mempunyai rekod aktiviti kokurikulum yang cemerlang antaranya merupakan seorang Pengawas, Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik dan Bendahari Lembaga Pengawas.

Say Yeow berkata, Jia Hui mendapat tawaran melanjutkan pelajaran daripada beberapa universiti luar negara termasuk University of Melbourne dan LSE selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM.

"Anak saya akhirnya memilih untuk menggunakan surat tawaran daripada LSE bagi memohon biasiswa JPA pada akhir Mei lalu kerana LSE adalah antara universiti terkemuka di dunia dalam bidang Sains Sosial.
"Bagaimanapun, pegawai JPA hanya memaklumkan kepada saya pada 8 Julai lalu bahawa LSE tidak tersenarai dalam universiti pilihan jabatan itu dan ia menjadi alasan permohonan biasiswa anak saya ditolak," katanya.

Menurut Say Yeow, rangking universiti terkini yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)- Quacquarelli Symonds (QS) menunjukkan LSE adalah antara tiga universiti teratas dalam bidang Sains Sosial.
"Kedudukannya lebih baik daripada University of Melbourne yang termasuk dalam senarai universiti terkemuka JPA. Jadi, tiada alasan untuk jabatan itu menolak permohonan biasiswa anak saya," katanya.
Beliau sangat kecewa dengan keputusan JPA, malah berpendapat negara jiran, Singapura lebih menunjukkan komitmen dalam menghargai bakat yang ada pada anaknya.

"Jia Hui ditawarkan biasiswa oleh kerajaan Singapura malah Universiti Nasional Singapura (NUS) telah menghubungi saya bahawa mereka telah mendaftarkan nama Jia Hui sebagai pelajar di universiti itu," katanya.
Bagaimanapun menurut Say Yeow, anaknya menolak tawaran tersebut kerana mahu melanjutkan pelajaran ke LSE.
Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .
Dicipta Pada 22 November 2010. Powered by Blogger.

Pelajar tingkatan 6 berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah, Tingkatan 6 terbahagi kepada 2 peringkat. Kementerian ...

Baca Selanjutnya

Best Student STPM



Jurusan tingkatan 6 terbahagi kepada 3 iaitu Agama, Sains, Kemanusiaan. Pengambilan Jurusan adalah berdasarkan Program Ijazah yang akan diambil oleh pelajar tingkatan 6 sele...

Baca Selanjutnya

Memorial Tingkatan 6

Cabaran MPP Tingkatan 6
Debaran STPM Berakhir
Kem Integrasi 1 Malaysia
Permulaan Baru Tingkatan 6
Kokurikulum Tingkatan 6
MUET
Alam Prauniversiti
Bulan Ramadan
Trial Prauniversiti Berakhir
Debaran STPM Berakhir